Monday, July 5, 2010

JANGAN MALU BERUBAH!!!

JIKA ANDA DISINDIR DAN DIKUTUK KAWAN-KAWAN APABILA HENDAK MENJADI ORANG LEBIH BAIK, USAH PEDULIKAN SEMUA ITU KERANA MEREKA SEBENARNYA TIIDAK MAHU ANDA LEBIH BERJAYA DARIPADA MEREKA

MASA indah sering dikaitkan dengan zaman remaja. Kisah suka dan duka, semua momen itu diiringi pelbagai kenangan yang sukar dilupakan. Sesiapa pun tidak boleh menafikan hakikat mereka.

Menjadi satu fasa hidup paling mencabar memilih jalan hidup dan terlalu alpa mengejar keseronokan mungkin berhadapan dengan masalah dan keburukan.

Pasti ramai sudah maklum tentang isu remaja hari ini seperti masalah kenakalan melampau, ponteng sekolah, gagal dalam peperiksaan, lari dari rumah, seks bebas sehinggalah mencuri dan membunuh.

Peralihan zaman, budaya dan ketiadaan bimbingan sering kali mencabar hidup remaja hari ini. Namun, adakah satu kesilapan yang pernah dilakukan bermakna ia suatu pengakhiran untuk anda berubah dan berjaya…??

Seorang ahli sukan besbol terkenal, Vernon Sanders Law pernah mengungkapkan, ‘Pengalaman adalah guru yang paling kejam sebab ia menguji terlebih dahulu, kemudian baru ia member pengajaran’.

Jadi, seharusnya reamaj mengambil iktibar daripada apa yang terjadi dalam hidup atau yang terjadi dalam hidup atau dipertikaikan di sekeliling mereka. Paling penting adalah kesediaan diri untuk berubah menjadi demi memastikan anda tidak terus terjebak dalam masalah dan seterusnya keluar daripada kepompong hidup lama.

Disini terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan kepada golongan muda demi melakukan anjakan paradiqma dalam diri mereka.

1. NIAT
Tidak kira apa jua kita lakukan, niat adalah perkara utama. Ia juga boleh dikatakan azam dalam diri seseorang dan tanpanya kita akan hilang arah tujuan. Percayalah bahawa niat yang baik akan sentiasa mendapat pertolongan daripada yang YANG MAHA KUASA.

2. KENALI DIRI SENDIRI
Kita harus mengetahui potensi kita sendiri. Kebanyakkan daripada kita tidak mengetahui apakah kelebihan yang kita miliki dan dalam masa yang sama masih mencari identity. Ia merupakan masalah yang biasa dihadapi dalam fasa perkembangan manusia. Jadi senaraikan kelebihan dan kekurangan yang ada pada kita dan lebihkan muhasabah diri, anda pasti mengetahui potensi diri anda.

3. TETAPKAN MATLAMAT
Dalam meletakkan sesuatu matlamat atau impian, pastikan ia realistik agar mudah dicapai. Penetapan matlamat yang tidak relevan dan sukar hanya akan menjadikan diri anda terbeban seterusnya bermain dengan konflik yang tidak sudah. Jadi sediakan diari matlamat anda dengan menulis deskripsi matlamat anda, rancangan tindakan yang sesuai dan bila anda mahukan ia tercapai.

4. BUANG PERSEPSI YANG SALAH
Sentiasa anggap sesuatu yang telah dialami mempunyai maksud dan hikmah tersendiri. Jangan berfikiran sempit dan menyalahkan takdir atas setiap peristiwa yang anda pernah harungi. Ini akan menjadikan anda seorang yang berfikiran dan secara tidak langsung memberikan anda motivasi unutk terus maju.

5. HENTIKAN PERKATAN NEGATIF
Orang yang hebat adalah golongan yang menilai sesuatu perkara sebelum berkata. Orang yang hebat juga tidak pernah berkata “Tidak”. Ini kerana setiap perkataan itu menjadi energi dan motivasi kepada diri sendiri. Maka , berfikirlah dengan matang dan positif. Latih juga diri anda untuk menggunakan perkataan yang mampu membangkitkan aura dalaman anda.

6. PEDULIKAN APA KATA ORANG
Untuk berubah, pasti banyak dugaannya. Hidup tanpa cabaran bukanlah kehidupan namanya. Sentiasa ingat bahawa bukan orang lain yang mengubah nasib diri anda tetapi anda sendiri. Orang akan berkata apa saja jika kita ingin Berjaya, namun tetapkan jati diri anda untuk terus mencapai kejayaan.

7. MEMBACA KISAH ORANG YANG BERJAYA
Dengan menjadikan buku sebagai rakan karib, ia bukan sahaja menambahkan intelektual, malah meningkatkan daya imaginasi kita. Namun, pastikan apa saja buku yang and abaca haruslah melalui tapisan akal fikiran bagi menjana pengetahuan dan bukannya input yang membuatkan anda terus leka. Dekatilah tokoh-tokoh yang berjaya dan hadiri ceramah motivasi bagi meningkatkan keinginan untuk berjaya. Jika malas sekalipun, jadikan model dalam buku yang and abaca itu sebagai pendorong anda. Tapi ingat, ambil yang positif sahaja dan realistic dengan kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment