Friday, May 28, 2010

PRINCE OF PERSIA: THE SANDS OF TIME





PRINCE OF PERSIA: THE SANDS OF TIME

★★★★★

Cerita yang ku nanti-nantikan selama ini...dan juga buat pertama kali dalam hidup ku menonton sorang-sorang dipanggung semalam...hahaha...

Thursday, May 27, 2010

CALL OF DUTY: WORLD AT WAR


Game kegilaan ku dan sahabat-sahabat baik ku..CALL OF DUTY: WORLD AT WAR...Setiap kali ku main game ini pastinya ku akan kepeningan kepala dengan grafik yang hebat dan memerlukan ketajaman mata untuk bermain...nak pula main selama 3 jam...kami main selama 3 jam kerana kami mengambil package 3 jam RM5.50 (main dekat Cyber Cafe Seksyen 7 Shah Alam)... game ini pasti membuatkan kami menjerit kebisingan seperti kami sahaja yang berada di CC tersebut...hahaha...memang kelakar dengan gelagat kami semua...apa-apa pun menghiburkan dan menyeronokkan apabila bersama dengan sahabat-sahabat ku semua...

Wednesday, May 26, 2010

SUNGAI ULU YAM & ONE UTAMA

SUNGAI ULU YAM...ku bersama-sama dengan sahabat-sahabat baik ku yang lain iaitu Zaff, Bil, Ikhwan, Yuth, Big dan Akmal dengan menaiki dua buah kereta menunju kesana...terima kasih kepada Zaff dan Ikhwan kerana menggunakan kereta mereka untuk ke sini...Perggghhh!!!terbaik, sejuk, deras dan apa lagi...?hahaha...apa-apa pun memang layan habislah mandi dekat sini...tapi hujan pula masa kami semua mandi semalam...tengah syok-syok mandi bergelak ketawa, tiba-tiba pula monyet datang serang makanan kami...memang kurang sopan itu monyet...lepas ini ku ingin ke sungai yang lain pula...TERBAIK!!!


ONE UTAMA...selepas berendam dalam air SUNGAI ULU YAM, kami mengambil keputusan untuk menuju ke ONE UTAMA untuk mencari tempat makan tengahari gara-gara kami kelaparan selepas mandi sungai...selepas makan, kami pun berjalan-jalan didalam ONE UTAMA dan kami telah menyertai permainan sepak bola ke dalam lubang gol yang mana DIGI sedang membuat promosi untuk produk mereka dan juga demam bola FIFA WORLD CUP 2010 yang tidak lama lagi akan dilangsungkan di AFRIKA SELATAN pada bulan depan. Kami yang turut mencuba nasib dalam sepakan itu, ku dan 2 orang lagi yang bernasib baik membuat jaringan iaitu Yuth dan Ikhwan. Kami yang bernasib baik telah mendapat hadiah seperti di atas iaitu BEG DIGI I LOVE SHOPPING, SEKOTAK TISU dan BUKU NOTA..

Tuesday, May 25, 2010

LATEST OF ME. . .


Yeah!!!Its Me!!!!

~ R E U N I O N M P C B ~

15 MAY 2010


ROUND ONE. . .


ROUND TWO. . .



Pada Hari Keenam (Hari Terakhir) [ Sabtu, 22 May 2010 ]


Hari Sabtu, Hari Keenam, Hari Terakhir ku berada ditanah bumi kampung ku Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Pagi yang mendung sambil ku bersarapan PULUT NASI makan bersama dengan IKAN PANGGANG dan juga KELAPA PARUT dan tidak lupa AIR TEH O PANAS.

Selepas sarapan, kami semua cuma menonton televisyen dan tidak lama kemudian ku, nenek ku dan Syahirah, kami ke LOSONG untuk membeli KEROPOK LEKOR di KEDAI PAK SU, dan macam-macam lagi untuk dibawa pulang ke Shah Alam untuk keluarga ku dan juga sahabat-sahabat baik ku. Hujan mula turun dengan lebatnya di LOSONG dalam perjalanan kami pulang ke KAMPUNG SERDANG BARU rumah nenek ku.

Sampai sahaja dirumah neneku, Syahirah dengan lajunya ke dapur terus mengambil KEROPOK LEKOR yang telah digoreng. Ku apa lagi, turut serta la makan sekalilah sambil layan televisyen.

Tidak lama kemudian, nenek ku terus memanggil untuk makan tengahari. Juadah yang nenek ku masak untuk tengahari kali terkahir ku dikampung ialah KARI AYAM BERSAMA TERUNG, KENTANG DAN BENDI, IKAN GORENG dan SAMBAL MANGGA. Ku juga turut mencuba makan sedikit PULUT NASI dimakan bersama dengan campuran AIR DAN DURIAN.

Ketika ini, ku berada di dalam bilik sambil menulis, berehat, mandi dan solat Zohor. Tidak lama kemudian atuk ku memanggil turun kebawah untuk membantunya membaiki sterika yang sudah lama usianya. Ku cuba membaiki dengan pengalamanku sendiri dan Syukur Alhamdulillah masih boleh digunakan lagi seperti biasa.

Selepas sahaja ku solat Asar, ku terus turun ke bawak untuk bersama-sama dengan Syahirah, nenek dan atuk ku menonton televisyen pula. Sambil itu, nenek ku telah menyediakan juadah petang TEH O PANAS dan juga KEK COKLAT. Dalam ketika itu juga, nenek ku telah memberi sepinggan lagi BUAH PELAM EPAL untuk dimakan beramai-ramai.

Petang ini, kami semua melayan rancangan masakan di Astro AFC 703, COOKING LIKE A CHEF dan Travell & Living 707, JAMIE AT HOME. Nenek dan juga atuk ku begitu teruja melihat cara masakkan mereka dan berkongsi info tentang masakkan bersama-sama dengan atuk dan nenek ku. Atuk ku sungguh berminat dengan taman kebun yang ditanam dan dijaga oleh JAMIE OLIVER.

Malam ini ku makan awal bersama-sama semua yang ada kerana ku akan bertolak awal pada malam ini. Ketika makan, ku begitu sebak dan terharu dengan ajakkan nenek dan atuk ku yang mana menanyakan bila lagi nak datang duduk kampung bersama-sama dengan mereka. Tetapi nenek ku pula inginkan ku membawa seseorang yang istimewa untuk berjumpa dan tinggal bersama nenek dan atuk ku dikampung. Apa yang ku boleh katakan cuma InsyaAllah kalau ada rezeki ku akan bawa orang yang teristimewa duduk tinggal dengan nenek n atuk ku. Kerana itulah janji ku kepada nenek dan atuk ku yang mana ku akan bawa orang yang teristimewa dalam hidup untuk berjumpa dengan mereka. InsyaAllah...

Cuaca malam yang kembali menangis bercurah dari langit. Pastinya ku akan kesejukkan malam ini di dalam bas yang ku naiki nanti sepanjang perjalanan sampai ke Shah Alam. Sekarang ini ku berada di PERHENTIAN BAS TANJONG, KUALA TERENGGANU. Ku yang telah meminta tolong mak cik ku iaitu Aunty Non untuk mengantar ku ke sini bersama-sama dengan sepupu-sepupu ku Jauhara dan Syahira dan juga nenek ku turut mengikut menghantar ku. Sungguh berat ku rasakan untuk meninggalkan mereka dan entah bila lagi ku akan datang dan membawa orang yang istimewa itu.

Bas ku pada jam 2130pm sudah pun sampai dan ku akan bertolak dan meninggalkan tanah bumi KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN. Selamat tinggal nenek ku, atuk ku, sepupu-sepupu ku, mak cik-mak cik ku dan kampung ku. ASSALAMUALAIKUM..

SEKIAN SAHAJA PERCUTIAN KU SELAMA 6 HARI. . .
Pada Hari Kelima [ Jumaat, 21 May 2010 ]

Jumaat,Jumaat merupakan hari yang kelima ku berada ditanah Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman yang mana cuaca pada hari ini matahari memberikan cahaya sinaran terik yang panas.

Pagi yang mulia ini, nenek ku menyediakan sarapan pagi NASI LEMAK SAMBAL IKAN TONGKOL yang dimasak sendiri oleh nenek ku bersama dengan AIR TEH O PANAS. Selepas sarapan, ku tiada apa-apa yang boleh dilakukan cuma menonton televisyen bersama dengan Syahirah.

Kepada yang bergelar lelaki pada hari Jumaat, diwajibkan menunaikan kewajipan iaitu menunaikan solat Jumaat berjemaah di masjid. Begitu juga la ku dan juga atuk ku yang pergi ke MASJID BUKIT TUMBUH untuk menunaikan kewajipan yang diwajibkan.

Sampai sahaja ke rumah selepas pulang dari MASJID BUKIT TUMBUH, atuk ku terus bersiap-siap begitu juga nenek ku untuk menghadiri sidang MSEYUARAT AGONG yang diadakan dikampung nenek ku. Ku pula Menemani Syahirah menonton televisyen sambil menunggu kepulangan nenek dan atu ku dari mesyuarat. Syukur Alhamadulillah rezeki, nenek dan atuk ku membawa pulang NASI DAGANG dari mesyuarat tadi. NASI DAGANG menjadi makanan tengahari ku.

Sudah saja solat Asar, kami semua ke rumah mak cik ku iaitu dengan panggilan Mok Long di KAMPUNG GONG PAK JIN. Dirumah Mok Long, Mok Long menyediakan makanan petang sperti buah TEMBIKAI, RAMBUTAN, KEROPOK KEPING dan AIR EH O PANAS. Mok Long juga mengirimkan kepada ku untuk membawa pulang ke Shah Alam iaitu BUAH PISANG yang ditanam belakang rumah mak cik ku.

Pulang sahaja dari rumah Mok Long, kami singgah sebentar ke PANTAI TELUK KETAPANG yang terletak betul-betul dibelakang LAPANGAN KAPAL TERBANG SULTAN MIZAN, KUALA TERENGGANU. Seronok, indah, tenteram, aman dan damai rasanya apabila melihat keindahan pantai, merasa dan mendengar ombak pantai dan gelagat kanak-kanak bermain dipantai tersebut.

Malam yang ku rasa begitu letih, penat dan sungguh mengantuk. Mungkin kerana cuaca hari ini begitu panas sehinggakan ku mandi 4 kali hari ini sahaja dan banyak makan NASI LEMAK yang nenek ku masak untuk satu hari ini.

Malam ini juga sebelum ku tidur, ku telah pun mesej seseorang yang ku amat-amat perihatin, menyayangi, mengasihi, merindui dan mencintai dengan perasaan ku yang terlalu ingin tahu apakah perkhabarannya sekarang ini kerana sudah lama tidak berhubung sperti dulu. Syukur Alahamdulillah setelah membaca mesej yang dibalasnya, sihat saja sudah cukup membuat ku tersenyum dan sedap hati mendengarnya sihat disana. Mungkin sedikit sebanyak doa ku dimakbulkan olehNYA, semoga ku ingin melihatnya sihat, gembira, ceria, bahagia dan berjaya, InsyaAllah, Amin. Ku hanya mampu berdoa.

Pasar Basah, Pulau Kambing. . .


~ Diantara Gambar-Gambar Yang Sempat Ku Ambil Ketika Sibuk Mengangkat Ikan-Ikan Yang Dibeli Oleh Nenek Ku ~
Pada Hari Keempat [ Khamis, 20 May 2010 ]

Hari ini hari Khamis, seawal pagi selepas solat Subuh, ku sarapan NASI IMPIT SAMBAL IKAN dan AIR TEH O PANAS. Sudah saja sarapan, aktivit ku pada awal pagi ini ialah menemani nenek dan atuk ke PASAR BASAH di PULAU KAMBING untuk membeli ikan dan juga ayam. Selesai sahaja membeli ikan dan ayam, kami terus ke PASAR TANI untuk membeli buah-buahan yang mana PASAR TANI tersebut berdekatan dengan GIANT, MYDIN terbesar di Pantai Timur dan betul-betul dibelakang PERPUSTAKAAN. Banyak juga nenek ku beli buah di PASAR TANI seperti BUAH NAGA, DURIAN dan juga JAGUNG. Sampai sahaja ke rumah, nenek ku terus memotong BUAH NAGA dan memberi ku makan. Sedap, manis, lazat dan sememangnya BUAH NAGA adalah salah satu buah kegemaran ku.

Tidak sampai sejam ku berada dirumah nenek ku, ku meminta izin dengan nenek dan atuk ku untuk singgah ke LOSONG melawat mak mak cik ku yang tinggal di sekitar LOSONG. Tidak lama kemudian selepas berada di rumah mak cik ku di LOSONG, ku terus bergegas pulang ke rumah nenek ku pula untuk mengambil barang dan terus keluar semula selepas mengambil Syahirah dari sekolah. Ku keluar mengambil sepupu ku Atia dirumahnya dan terus ke bandar kerana die ingin ke Kuala Lumper bersama dengan kawannya dan ku pula ingin membeli tiket bas di PERHENTIAN BAS TANJONG untuk pulang ke Shah Alam.

Selepas membeli tiket bas, ku dan Atia terus melepak di McD berdekatan dekan PERHENTIAN BAS TANJONG untuk makan dan sambil itu ku membuat BLOG ku ini menggunakan laptopnya. Sementara ku membuat BLOG di McD, Atia telah meninggalkan ku ke SALOON untuk cuci rambutnya. Selesai semuanya, ku pun pulang ke rumah nenek ku.

Fuhhh!!!Ku sampai sahaja dirumah nenek ku, ku terus merebahkan diri ku didepan televisyen yang mana ketika itu nenek, atuk dan Syahirah sedang menontonnya. Ku kepenatan sangat dan cuaca hari ini begitu panas sehingga ku terlelapkan mata seketika diruangtamu. Bangun sahaja dari tidur, ku terus naik mandi, solat dan berehat seketika.

Ku turun terus ke dapur selepas selesai solat Asar untuk makan nasi yang dimasak oleh nenek ku pada tengahari tadi. Selesai makan, kami terus menonton SYAHJIHAN tepat pada jam 1830pm.

Pada malam ini ku hanya berehat dirumah menemani Syahirah membuat kerja sekolahnya yang bertimbun untuk disiapkan. Ku juga tidak makan pada malam ini kerana masih terasa kenyang makan pada lewat petang tadi. Tapi ku cuma makan buah-buahan sahaja seperti JAGUNG REBUS dan juga PELAM EPAL.

Apa yang ku nantikan pada malam iaitu Khamis malam, malam Jumaat ialah FORUM PERDANA EHWAL ISLAM ADIK-ADIKKU bertajuk KASIH IBU yang dipanelkan oleh 3 orang adik-adik kecil yang dicungkil bakat mereka dalam RANCANGAN REALITI ADIK-ADIKKU. Panel-panel yang terpilih ialah terdiri daripada ADIK NOR SYAMIRA LIYANA NOR ASHANA, ADIK AMIN AL-HADI ABDUL HADI dan ADIK NORSYAFIQAH MD. PARIS. Sungguh seronok, mengasyik, teruja, sedih, sebak dan terharu dengan hujah-hujah mereka dan tidak ketinggalan telatah mereka.

Tamat sahaja rancangan tersebut, ku terus naik ke atas bilik tidur dengan segelas air ribena sejuk buat peneman ku menulis sebelum tidur.

Sepupu-Sepupu Ku Anak Kepada Mak Cik Ku Cek Sue. . .

~ Nur Athirah Shazlin, Muhammad Adli Hakimi & Nur Fatin Aqilah ~
Pada Hari Ketiga [ Rabu, 19 May 2010 ]

Hujan semalam berterusan menangis tanpa henti pada pagi ketiga ku disini dengan cuaca yang sungguh sejuk, ku mandikan diri dipagi hari dengan keadaan badan dan gigi ku menggigil-gigil menahan kesejukan pagi.

Seperti biasa sarapan pagi tidak pernah terlepas yang disiapkan oleh nenek ku iaitu ROTI BENJO TELUR yang dilapisi dengan irisan bawang besar, tomato, timun dan sos tomato. Selain itu juga, terdapat makanan lain yang dibeli oleh atuk iaitu NASI LEMAK GULAI IKAN TONGKOL bersama dengan air yang membuatkan tubuh kita menjadi sihat dan kuat, MILO O PANAS.

Pada hari ini ku tidak kemana-mana kerana kereta atuk ku diguna oleh sepupu ku IZATI untuk ke bandar bersama dengan kawannya. Jadi, ku hanya bersama-sama dengan nenek dan atuk ku menonton televisyen sambil borak-borak dan makan buah PELAM EPAL atau MANGGA EPAL yang mana buahnya sungguh rangup seperti buah epal.

Pada waktu petang pula seperti biasa yang akan nenek ku lakukan iaitu menyediakan makan petang, KEK COKLAT bersama dengan AIR TEH O PANAS sahaja. Sambil-sambil makan dan minum, kami menonton cerita SLOT AKASIA baru di TV3 iaitu SyahJihan.

Sudah sahaja solat Maghrib dirumah, ku terus keluar ke LOSONG melawat kampung belah ayah ku di LORONG HAJI SHAFIE, LOSONG. Nenek dan atuk belah ayah ku semua sudah meninggal dunia kerana sakit tua dan juga buatan orang yang dengki dengan arwah nenek dan atuk ku. Kampung ayah ku sekarang ini didiami oleh adik bongsu ayah ku iaitu panggilan ku kepadanya ialah Cek Sue. Cek Sue dan suaminya telah menjaga rumah tersebut dan mengambil inisiatif membuka kedai runcit yang mana peninggalan arwah atuk ku dulu menjaganya dan kini mereka pula meneruskannya. Syukur Alhamdulillah, kedai runcit mereka maju dan ramai yang hadir untuk membeli barang keperluan harian.

Ku juga tidak kering gusi melayan kerenah mak cik ku Cek Sue dan juga anak-anaknya iaitu sepupu ku yang masih kecil. Mereka sungguh nakal, aktif, bergelak ketawa dan juga tidak ketinggalan mereka suka bergambar.

Waaahhh!!!!!Ku sungguh kekenyangan malam ini. Mana tidaknya, Cek Sue ku menyediakan KEROPOK LEKOR, JAMBU BATU DAN AIR JAMBU BATU. Balik ke rumah nenek ku pula, nenek ku sudah menyediakan makan malam didapur dan ku makan sedikit pada ketika ikut jam sudah menunjukkan 2230pm. Ku pulang ke rumah nenek ku agak lewat kerana nak ikutkan nenek ku telah pun tidur pada waktu begitu tetapi rupa-rupanya nenek ku tidak tidur lagi kerana sedang melayan cerita drama MENTUA vs MENANTU 2 di ASTRO PRIMA.

Sudah sahaja ku makan malam yang ditemani oleh nenek ku didapur, nenek ku mengemas dan terus masuk tidur dan begitu juga ku terus naik masuk bilik dan tidur kerana kepenatan. Tetapi kepenatan ku terubat dengan keseronokan kerenah sepupu-sepupu ku di LOSONG tadi iaitu Nur Athirah Shazlin, Muhammad Adli Hakimi dan kecik sekali Nur Fatin Aqilah.

Menggila. . .


~ Ku Bersama Sepupu Ku Syahirah Menggila Didepan Laptop Sepupu Ku Izati Dirumahnya~
Pada Hari Kedua [ Selasa, 18 May 2010 ]

Pada pagi hari kedua ku berada di kampung, ku masih lagi tidak kelihatan matahari memancarkan keindahan cahaya matanya yang bersinar kepada bumi. Hujan masih setia mengalirkan air mata rahmatnya pada hari ini agak lebat dan sejuk. Tetapi tidak lama kemudian matahari tidak segan dan silu memancarkan keindahan dan kesilauan sinaran cahaya matanya kepada kampung ku.

Sarapan ku hari ini ialah AIR MILO dan NASI IMPIT BERSAMBAL IKAN. Sesudah sahaja makan pagi, ku terus keluar rumah menuju ke Kuala Ibai dan Padang Midin untuk mengambil sepupu-sepupuku iaitu Atia dan Pqa. Kami menuju ke bandar bersiar-siar dan Atia sepupu ku pula membeli jam tangan VINCCI dan selepas itu, ku belanja mereka makan tengahari di KFC, PANTAI BATU BUROK.

Pulang sahaja ke rumah nenek ku, ku terus menuju ke dapur untuk bersalaman dengan mak cik ku yang mana panggilan mak cik ku dikampung ialah Mok Long. Mok Long datang menjenguk nenek dan atuk ku, sambil itu ku, nenek dan atuk rancak berborak bersama dengan Mok Long ku.

Pada petangnya pula, sambil menonton televisyen bersama dengan Syahirah, kami terhidu bau sesuatu yang datangnya dari dapur. Ku dan Syahirah melulu terus ke dapur dan melihat nenek ku sedang menyediakan juadah petang iaitu KARIPAP INTI IKAN dan TEH O PANAS. Kami berempat menjamu juadah yang telah disediakan oleh nenek ku sebelum ku bersama-sama dengan Syahirah dan juga atuk telah ke rumah mak cik ku yang berdekatan sahaja dengan rumah nenek ku. Atuk ku ingin menanam pokok yang baru dibelinya di Pasar Tani dan ku pula ingin mengecaj fon ku yang sudah habis baterinya mengunakan laptop sepupu ku iaitu IZATI. Sempat juga ku bersalaman dengan mak cik ku yang mana baru sahaja pulang dari kerja. Mak cik ku ini dikampung ku panggil Aunty Non.

Malam kedua ku dikampung, ku bersama-sama dengan nenek ku dan juga Syahirah berjalan kaki ke surau untuk menunaikan solat Isyak berjemaah bersama-sama dengan orang kampung. Atuk ku pula menaniki motorsikal yang terdahulu sudah pergi ke masjid pada waktu Maghrib . Rindu ku terubat apabila melihat dan mendengar atuk ku melaungkan azan pada waktu masuknya Isyak. Selepas menunaikan kewajipan, ku berjalan kaki seorang diri untuk melihat keindahan malam dikampung dengan langit cerah diterangi oleh bulan dan bintang yang mana pada malam ini terdapat banyak bintang kelihatan dilangit yang terang. Pastinya malam ini hujan dalam pemikiran ku.

Sesudah makan malam bersama-sama, ku bersama dengan Syahirah menonton televisyen sambil atuk ku berehat di sofa dan nenek ku mengemas didapur. Apabila nenek ku ingin masuk tidur, nenek ku beritahu ku bahawa hujan dah turun, jadi memang tepatlah jangkaan ku pada mulanya melihat pada keadaan langit sebelumnya tadi. Pada ketika ini jam menunjukkan jam 2230pm yang mana ku sedang mengarang di dalam diari ku sambil bertemankan lagu-lagu yang ku pasang dan juga bersama dengan air ribena sejuk.

PERCUTIAN DI KAMPUNG KU, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN

Pada pagi rabu jam 0230am, ku menulis blog ku ini yang bertajuk PERCUTIAN DI KAMPUNG KU, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN. Percutian ku ini selama 6 hari iaitu bermulanya ku sampai di kampung ku pada hari Isnin dan kepulangan ku semula ke rumah ibu bapa ku pada hari Ahad. Di sini ku ingin berkongsi kisah ku selama ku berada di kampung ku yang mana ku hanya pualng berseorangan menaiki bas. . .


Ahad malam ku bertolak dari Perhentian Bas Seksyen 17, Shah Alam yang mana tiket bas ku akan bertolak pada jam 2130pm ke Kuala Terengganu. Sebelum bertolak terus ke Kuala Terengganu, bas yang ku naiki ini menghala ke Meru terlebih dahulu dan ku pelik dan bingung kenapa ke Meru. Rupa-rupanya Perhentian Klang sekarang ini telah menetap di Meru, Klang yang mana telah dibina Perhentian Bas Meru, Klang yang baru di sana dan selepas itulah baru bertolak terus ke Kuala Terengganu pada jam 2230pm yang mana ku menaiki bas TRANSNASIONAL SKYVIEW dan ku duduk di tingkat atas. Perjalanan yang memakan masa selama 6jam sungguh menakutkan ku untuk tidur sepanjang perjalanan kerana sungguh laju bagi bas dua tingkat dan memang tidak selesa untuk ku tidur dengan bumbung bas tersebut bocor membasahi ku dengan titisan air hujan yang menitik.


Pada Hari Pertama [ Isnin, 17hb May 2010 ]


Sampai sahaja ku di Perhentian Bas Tanjung, Kuala Terengganu, ku telah menaiki teksi bandar yang akan menghantar ku ke kampung ku dengan tambang teksi sebanyak RM15. Ketibaan ku di kampung ku di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal telah disambut oleh ayam yang berkokok mengejutkan orang kampung ku mengerjakan solat subuh. Atuk ku pula telah menyambut kehadiran ku di muka pagar rumah dengan hujan menitiskan airnya renyai-renyai kesejukan kampung.

Nenek ku telah mengejutkan ku dari tidur untuk bersarapan bersama-sama nenek dan atuk ku. Menu sarapan ku pada hari pertama ku berada dikampung ialah segelas air MILO O PANAS dan sebungkus NASI LEMAK GULAI IKAN TONGKOL yang sememangnya terkenal dikampung ku.

Pagi yang hening dan dingin kesejukkan kampung yang mana hujan renyai-renyai masih menitis dari ketibaan ku ke kampung lagi. Ku hanya mampu melihat keindahan persekitaran kampung ku dari garaj kereta kampung ku sahaja. Ku rasakan begitu tenang sekali dapat menghirup udara kampung yang segar dan bersih jauh dari kesibukan dan pencemaran bandar.

Hari ini ku hanya merehatkan diri ku kerana kepenatan sepanjang perjalanan menaiki bas malam tadi.

Makan tengahari ku berlaukan ikan semuanya, gulai, goreng dan juga buah sebagai pencuci mulut iaitu buah pelam atau mangga manis. Selepas sahaja makan tengahari, cuaca kampung ku pada tengahari kelihatan mendung dan tidak lagi hujan menitiskan air ke kampung ku, maka ku pun keluar bersiar-siar ronda kampung ku menaiki motor atuk ku iaitu MOTORSIKAL HONDA EX5 lama. Memang sudah lama ku tidak merasa keseronokan menaiki motorsikal atuk ku ini mengelilingi dan melihat keindahan kampung.

Petang pula, nenek ku memanggil ku dari bilik ku untuk makan petang bersama-sama dengan nenek, atuk dan sepupu ku yang mana telah pulang dari sekolah. Juadahnya ialah PISANG GORENG, KEK COKLAT yang ku bawakkan dari Shah Alam dengan air TEH O PANAS sambil menonton televisyen.

Pada malam pula, ku cuma habiskan masa ku menonton televisyen bersama dengan sepupu ku yang bernama Syahirah, sementara nenek dan atuk ku pula ke surau menunaikan solat Isyak bersama-sama dengan orang kampung yang mana telah menjadi rutin harian nenek dan atuk ke surau. Pulang sahaja nenek dan atuk ku dari surau, kami semua terus ke dapur dan makan malam bersama-sama dan selepas itu sambung menontong televesyen yang mana hanya ku sorang dan yang laon sudah masuk tidur. Ku pun bukan lama mana sangat tengok televisyen sebab ku juga kepenatan memerluakn tidur malam yang nyenyak tapi sebelum tidur ku akan menulis diari ku untuk dituliskan di dalam blog ku ini....

Thursday, May 20, 2010

Assalamualaikum...

Hari ini barulah ku berpeluang untuk membuat blog ku sendiri yang mana telah lama ku ingin buat sebenarnya, tapi tidak berkesempatan. Sekarang ini ku berada di McD Tanjung, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman bersama-sama dengan sepupu ku iaitu Atia. Terima Kasih kepadanya juga kerana meminjamkan ku komputer ribanya dan menemani ku untuk membeli tiket bas untuk pulang ke Shah Alam, Selangor Darul Ehsan iaitu rumah keluarga ku pada sabtu malam jam 2130pm. Ku tidak berniat untuk mengarang panjang untuk pertama kalinya ku mengarang dalam blog ku ini. Sekian, terima kasih...