Tuesday, May 25, 2010

PERCUTIAN DI KAMPUNG KU, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN

Pada pagi rabu jam 0230am, ku menulis blog ku ini yang bertajuk PERCUTIAN DI KAMPUNG KU, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN. Percutian ku ini selama 6 hari iaitu bermulanya ku sampai di kampung ku pada hari Isnin dan kepulangan ku semula ke rumah ibu bapa ku pada hari Ahad. Di sini ku ingin berkongsi kisah ku selama ku berada di kampung ku yang mana ku hanya pualng berseorangan menaiki bas. . .


Ahad malam ku bertolak dari Perhentian Bas Seksyen 17, Shah Alam yang mana tiket bas ku akan bertolak pada jam 2130pm ke Kuala Terengganu. Sebelum bertolak terus ke Kuala Terengganu, bas yang ku naiki ini menghala ke Meru terlebih dahulu dan ku pelik dan bingung kenapa ke Meru. Rupa-rupanya Perhentian Klang sekarang ini telah menetap di Meru, Klang yang mana telah dibina Perhentian Bas Meru, Klang yang baru di sana dan selepas itulah baru bertolak terus ke Kuala Terengganu pada jam 2230pm yang mana ku menaiki bas TRANSNASIONAL SKYVIEW dan ku duduk di tingkat atas. Perjalanan yang memakan masa selama 6jam sungguh menakutkan ku untuk tidur sepanjang perjalanan kerana sungguh laju bagi bas dua tingkat dan memang tidak selesa untuk ku tidur dengan bumbung bas tersebut bocor membasahi ku dengan titisan air hujan yang menitik.


Pada Hari Pertama [ Isnin, 17hb May 2010 ]


Sampai sahaja ku di Perhentian Bas Tanjung, Kuala Terengganu, ku telah menaiki teksi bandar yang akan menghantar ku ke kampung ku dengan tambang teksi sebanyak RM15. Ketibaan ku di kampung ku di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal telah disambut oleh ayam yang berkokok mengejutkan orang kampung ku mengerjakan solat subuh. Atuk ku pula telah menyambut kehadiran ku di muka pagar rumah dengan hujan menitiskan airnya renyai-renyai kesejukan kampung.

Nenek ku telah mengejutkan ku dari tidur untuk bersarapan bersama-sama nenek dan atuk ku. Menu sarapan ku pada hari pertama ku berada dikampung ialah segelas air MILO O PANAS dan sebungkus NASI LEMAK GULAI IKAN TONGKOL yang sememangnya terkenal dikampung ku.

Pagi yang hening dan dingin kesejukkan kampung yang mana hujan renyai-renyai masih menitis dari ketibaan ku ke kampung lagi. Ku hanya mampu melihat keindahan persekitaran kampung ku dari garaj kereta kampung ku sahaja. Ku rasakan begitu tenang sekali dapat menghirup udara kampung yang segar dan bersih jauh dari kesibukan dan pencemaran bandar.

Hari ini ku hanya merehatkan diri ku kerana kepenatan sepanjang perjalanan menaiki bas malam tadi.

Makan tengahari ku berlaukan ikan semuanya, gulai, goreng dan juga buah sebagai pencuci mulut iaitu buah pelam atau mangga manis. Selepas sahaja makan tengahari, cuaca kampung ku pada tengahari kelihatan mendung dan tidak lagi hujan menitiskan air ke kampung ku, maka ku pun keluar bersiar-siar ronda kampung ku menaiki motor atuk ku iaitu MOTORSIKAL HONDA EX5 lama. Memang sudah lama ku tidak merasa keseronokan menaiki motorsikal atuk ku ini mengelilingi dan melihat keindahan kampung.

Petang pula, nenek ku memanggil ku dari bilik ku untuk makan petang bersama-sama dengan nenek, atuk dan sepupu ku yang mana telah pulang dari sekolah. Juadahnya ialah PISANG GORENG, KEK COKLAT yang ku bawakkan dari Shah Alam dengan air TEH O PANAS sambil menonton televisyen.

Pada malam pula, ku cuma habiskan masa ku menonton televisyen bersama dengan sepupu ku yang bernama Syahirah, sementara nenek dan atuk ku pula ke surau menunaikan solat Isyak bersama-sama dengan orang kampung yang mana telah menjadi rutin harian nenek dan atuk ke surau. Pulang sahaja nenek dan atuk ku dari surau, kami semua terus ke dapur dan makan malam bersama-sama dan selepas itu sambung menontong televesyen yang mana hanya ku sorang dan yang laon sudah masuk tidur. Ku pun bukan lama mana sangat tengok televisyen sebab ku juga kepenatan memerluakn tidur malam yang nyenyak tapi sebelum tidur ku akan menulis diari ku untuk dituliskan di dalam blog ku ini....

No comments:

Post a Comment