Tuesday, May 25, 2010

Pada Hari Ketiga [ Rabu, 19 May 2010 ]

Hujan semalam berterusan menangis tanpa henti pada pagi ketiga ku disini dengan cuaca yang sungguh sejuk, ku mandikan diri dipagi hari dengan keadaan badan dan gigi ku menggigil-gigil menahan kesejukan pagi.

Seperti biasa sarapan pagi tidak pernah terlepas yang disiapkan oleh nenek ku iaitu ROTI BENJO TELUR yang dilapisi dengan irisan bawang besar, tomato, timun dan sos tomato. Selain itu juga, terdapat makanan lain yang dibeli oleh atuk iaitu NASI LEMAK GULAI IKAN TONGKOL bersama dengan air yang membuatkan tubuh kita menjadi sihat dan kuat, MILO O PANAS.

Pada hari ini ku tidak kemana-mana kerana kereta atuk ku diguna oleh sepupu ku IZATI untuk ke bandar bersama dengan kawannya. Jadi, ku hanya bersama-sama dengan nenek dan atuk ku menonton televisyen sambil borak-borak dan makan buah PELAM EPAL atau MANGGA EPAL yang mana buahnya sungguh rangup seperti buah epal.

Pada waktu petang pula seperti biasa yang akan nenek ku lakukan iaitu menyediakan makan petang, KEK COKLAT bersama dengan AIR TEH O PANAS sahaja. Sambil-sambil makan dan minum, kami menonton cerita SLOT AKASIA baru di TV3 iaitu SyahJihan.

Sudah sahaja solat Maghrib dirumah, ku terus keluar ke LOSONG melawat kampung belah ayah ku di LORONG HAJI SHAFIE, LOSONG. Nenek dan atuk belah ayah ku semua sudah meninggal dunia kerana sakit tua dan juga buatan orang yang dengki dengan arwah nenek dan atuk ku. Kampung ayah ku sekarang ini didiami oleh adik bongsu ayah ku iaitu panggilan ku kepadanya ialah Cek Sue. Cek Sue dan suaminya telah menjaga rumah tersebut dan mengambil inisiatif membuka kedai runcit yang mana peninggalan arwah atuk ku dulu menjaganya dan kini mereka pula meneruskannya. Syukur Alhamdulillah, kedai runcit mereka maju dan ramai yang hadir untuk membeli barang keperluan harian.

Ku juga tidak kering gusi melayan kerenah mak cik ku Cek Sue dan juga anak-anaknya iaitu sepupu ku yang masih kecil. Mereka sungguh nakal, aktif, bergelak ketawa dan juga tidak ketinggalan mereka suka bergambar.

Waaahhh!!!!!Ku sungguh kekenyangan malam ini. Mana tidaknya, Cek Sue ku menyediakan KEROPOK LEKOR, JAMBU BATU DAN AIR JAMBU BATU. Balik ke rumah nenek ku pula, nenek ku sudah menyediakan makan malam didapur dan ku makan sedikit pada ketika ikut jam sudah menunjukkan 2230pm. Ku pulang ke rumah nenek ku agak lewat kerana nak ikutkan nenek ku telah pun tidur pada waktu begitu tetapi rupa-rupanya nenek ku tidak tidur lagi kerana sedang melayan cerita drama MENTUA vs MENANTU 2 di ASTRO PRIMA.

Sudah sahaja ku makan malam yang ditemani oleh nenek ku didapur, nenek ku mengemas dan terus masuk tidur dan begitu juga ku terus naik masuk bilik dan tidur kerana kepenatan. Tetapi kepenatan ku terubat dengan keseronokan kerenah sepupu-sepupu ku di LOSONG tadi iaitu Nur Athirah Shazlin, Muhammad Adli Hakimi dan kecik sekali Nur Fatin Aqilah.

No comments:

Post a Comment