Tuesday, May 25, 2010

Pada Hari Kedua [ Selasa, 18 May 2010 ]

Pada pagi hari kedua ku berada di kampung, ku masih lagi tidak kelihatan matahari memancarkan keindahan cahaya matanya yang bersinar kepada bumi. Hujan masih setia mengalirkan air mata rahmatnya pada hari ini agak lebat dan sejuk. Tetapi tidak lama kemudian matahari tidak segan dan silu memancarkan keindahan dan kesilauan sinaran cahaya matanya kepada kampung ku.

Sarapan ku hari ini ialah AIR MILO dan NASI IMPIT BERSAMBAL IKAN. Sesudah sahaja makan pagi, ku terus keluar rumah menuju ke Kuala Ibai dan Padang Midin untuk mengambil sepupu-sepupuku iaitu Atia dan Pqa. Kami menuju ke bandar bersiar-siar dan Atia sepupu ku pula membeli jam tangan VINCCI dan selepas itu, ku belanja mereka makan tengahari di KFC, PANTAI BATU BUROK.

Pulang sahaja ke rumah nenek ku, ku terus menuju ke dapur untuk bersalaman dengan mak cik ku yang mana panggilan mak cik ku dikampung ialah Mok Long. Mok Long datang menjenguk nenek dan atuk ku, sambil itu ku, nenek dan atuk rancak berborak bersama dengan Mok Long ku.

Pada petangnya pula, sambil menonton televisyen bersama dengan Syahirah, kami terhidu bau sesuatu yang datangnya dari dapur. Ku dan Syahirah melulu terus ke dapur dan melihat nenek ku sedang menyediakan juadah petang iaitu KARIPAP INTI IKAN dan TEH O PANAS. Kami berempat menjamu juadah yang telah disediakan oleh nenek ku sebelum ku bersama-sama dengan Syahirah dan juga atuk telah ke rumah mak cik ku yang berdekatan sahaja dengan rumah nenek ku. Atuk ku ingin menanam pokok yang baru dibelinya di Pasar Tani dan ku pula ingin mengecaj fon ku yang sudah habis baterinya mengunakan laptop sepupu ku iaitu IZATI. Sempat juga ku bersalaman dengan mak cik ku yang mana baru sahaja pulang dari kerja. Mak cik ku ini dikampung ku panggil Aunty Non.

Malam kedua ku dikampung, ku bersama-sama dengan nenek ku dan juga Syahirah berjalan kaki ke surau untuk menunaikan solat Isyak berjemaah bersama-sama dengan orang kampung. Atuk ku pula menaniki motorsikal yang terdahulu sudah pergi ke masjid pada waktu Maghrib . Rindu ku terubat apabila melihat dan mendengar atuk ku melaungkan azan pada waktu masuknya Isyak. Selepas menunaikan kewajipan, ku berjalan kaki seorang diri untuk melihat keindahan malam dikampung dengan langit cerah diterangi oleh bulan dan bintang yang mana pada malam ini terdapat banyak bintang kelihatan dilangit yang terang. Pastinya malam ini hujan dalam pemikiran ku.

Sesudah makan malam bersama-sama, ku bersama dengan Syahirah menonton televisyen sambil atuk ku berehat di sofa dan nenek ku mengemas didapur. Apabila nenek ku ingin masuk tidur, nenek ku beritahu ku bahawa hujan dah turun, jadi memang tepatlah jangkaan ku pada mulanya melihat pada keadaan langit sebelumnya tadi. Pada ketika ini jam menunjukkan jam 2230pm yang mana ku sedang mengarang di dalam diari ku sambil bertemankan lagu-lagu yang ku pasang dan juga bersama dengan air ribena sejuk.

No comments:

Post a Comment