Wednesday, October 6, 2010

7 Tips Motivasi Pagi Untuk Lebih Bersemangat


Perkara yang terbaik anda perlu lakukan di setiap waktu pagi:

1. Bersyukur...Bersyukur...Bersyukur...
Bersyukur sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih anda kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca suratkhabar, baca gosip-gosip mahupun mengikuti sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang diri anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekat Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasu di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di HOT FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ini.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, dan lemah saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak buka buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saja ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila Istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!!!

5. Set target kemajuan Diri Sendiri.
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari itu. Betul atau tidak...?

Kita hanya nak sampai di san, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas itu nanti petang balik rumah, rehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulaik hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ini, berapa soalan anda nak bertanya pada pensyarah atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari perniagaan anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ini dalam bidang perniagaan anda.

Andai anda seorang pekerja, set beberapa tugas yang anda nak siapkan dan set had masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah.
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ini amat berkesan.

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menhadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan.
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ini bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tidak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

~ BERANI BERUBAH UNTUK KECEMERLANGAN HIDUP ~

No comments:

Post a Comment