Thursday, July 22, 2010
Tuesday, July 13, 2010
6IXTH SENSE : YANG SEMPURNAKANKU (HD)
Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harumi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakan ku
Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga
Chorus
Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu
Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga
Ulang Chorus 2X
Dengan Tamatnya Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Dunia Afrika Selatan 2010 Yang Dimenangi Oleh SPAIN...Saya Dengan Dukacitanya, Mengisytiharkan Tamatlah Sudah Musim Piala Dunia 2010...Jumpa Lagi Pada Tahun 2014!!!!
CHAMPION WORLD CUP 2010!!!

╔═╦═╦═╦═╦═╦═╦══╦═╦═╗─╔═╦═╦═╦╦═╗║╠╣║║║║╠╣╬║╬╠╗╔╣═╬═║─║═╣╬║╬║║║║║╠╣║║║║╚║═╣║║║║║═╣═╣─╠═║╔╣║║║║║╚═╩═╩╩╩═╩╩╩╩╝╚╝╚═╩═╝─╚═╩╝╚╩╩╩╩╝
----------------------------------------
adidas GOLDEN BALL Past Winners: 1982 - 2006 And Now 2010 - Diego Forlan!!!(URUGUAY)

1982 FIFA World Cup™ Spain: Paolo Rossi (Italy)
1986 FIFA World Cup™ Mexico: Diego Maradona (Argentina)
1990 FIFA World Cup™ Italy: Salvatore Schillaci (Italy)
1994 FIFA World Cup™ USA: Romario (Brazil)
1998 FIFA World Cup™ France: Ronaldo (Brazil)
2002 FIFA World Cup™ Korea / Japan: Oliver Kahn (Germany)
2006 FIFA World Cup™ Germany: Zinedine Zidane (France)
2010 FIFA World Cup™ South Africa: DIEGO FORLAN (URUGUAY)
----------------------------------------
FORLAN And MULLER Strike Gold

adidas Golden Ball: Diego Forlan (Uruguay)
adidas Silver Ball: Wesley Sneijder (Netherlands)
adidas Bronze Ball: David Villa (Spain)
adidas Golden Boot: Thomas Muller (Germany) - 5 goals, 3 assists
adidas Silver Boot: David Villa (Spain) - 5 goals, 1 assist
adidas Bronze Boot: Wesley Sneijder (Netherlands) - 5 goals, 1 assist
adidas Golden Glove: Iker Casillas (Spain)
Hyundai Best Young Player: Thomas Muller (Germany)
FIFA Fair Play Award: Spain
----------------------------------------
Superfan wins Fan Of The Tournament For Wolrd Cup 2010

----------------------------------------
SOTONG Yang Dikatakan Menjadi Kegilaan Para Penyokong Bola Sepak Piala Dunia 2010 Yang Berkahir Dengan Rasminya Pada Pagi Tadi Telah Ku Jumpai SOTONG Tersebut Di Suatu Kawasan Yang Mana Telah Berjaya Ditangkap Dan Dikeraskan Menjadi Batu Untuk Perhiasan Bangunan Tersebut...SOTONG Tersebut Yang Menjadi Punca Kemarahan Penyokong Penyokong Bola Sepak Piala Dunia 2010 Kini Telah Terbalas...
PAUL THE OCTOPUS!!!
Tuesday, July 6, 2010
Monday, July 5, 2010
5HB JULAI 2010!!!
Tanggal 5HB JULAI 2010, lahirnya seorang makhluk ALLAH dimuka bumi ciptaanNYA ini pada jam 1300pm hari ini. makhluk ALLAH yang ku maksudkan ialah seorang manusia berjantinakan lelaki, anak kepada pasangan kakak ku iaitu Nor Syafieza Bin Abdullah & Zahari telah pun dikurniakan zuriat kedua mereka. yang telah dilahirkan di hospital negeri perak..
manusia kecil ini yang masih belum diberi namanya, ia adalah adik kepada abangnya yang bernama MUHAMMAD HARITH IRFAN yang berumur 2tahun 6bulan...apa boleh buat abangnya ini dapat adik lelaki..okai la tu dapat geng bermain...jika perempuan susah pula nak bermain...al maklum la lain jantina lain la permainan dan kelakuannya...hehehe...
apa apa pun ku amat bersyukur alhamdulillah kepada Mu Ya Allah kerana ibu kepada bayi dan juga bayi itu sendiri kedua duanya selamat dan sihat...Aminn...
sekarang ini ku tidak sabar untuk melihat raut wajah anak buah kedua ku itu...sunggu teruja ku dibuatnya hari ini...keluarga paling bahagia hari ini kearan telah dikurniakan ahli baru dalam keluarga kami...
~ SYUKUR ALHAMDULLAH ~
2 BULAN!!!
.jpg)
CUKUP 2 BULAN MENGENAI KISAH KU DAN MU
dalam bulan ke dua ini, ku telah pun melanggar janji ku bersama dengan seseorang yang mana ku tidak akan berjumpa dengannya tetapi ku telah pun berjumpa dengannya atas niat ku untuk memberikan sesuatu cenderahati dari cameron highlands...
ku turut merasakan sesuatu yang mana diri ku sememangnya sudah tidak diperlukan dah tidak dihiraukan darinya...apa boleh ku buat, ku terima sahaja...ku tidak boleh melakukan apa-apa kerana hak dia bukan hak diri ku...tiada paksaan yang akan memaksanya...seolah-olah ku telah melakukan sesuatu kesalahan atau pun sesuatu yang tida digemarinya...ku turut tidak mengerti situasi perasaan sebenarnya...apa yang boleh ku katakan ku merasakan dirinya semakin jauh dengan diriku...seolah-olah diriku tidak bermakna buatnya...
ya, benar...kami tidak mempunyai apa-apa ikatan hubungan istimewa pun...diriku terlalu sedar itu semua...cuma apa yang ku cuba lakukan untuk mencuri hatinya dengan bukan niat untuk merampasnya dari seseorang yang telah memilikinya...perasaan ku sememangnya sukar untuk digambarkan dan untuk diceritakan...ku pasrah ku akur jika ketentuannya adalah bukan diriku untuk hidup bersama dengannya..tetapi, ku tidak pernah jemu untuk melupakannya, mengharapkannya, dan berdoa kepadaNYA untuk dia menjadi milik mutlak ku...
ku juga sukar untuk mengetahui hal dan situasi yang sebenarnya kerana kami tidak berhubung seperti dulu...dan ku juga tidak diceritakan olehnya perkara perkara yang dialaminya...ya, siapalah diri ku padanya untuk menceritakan tentangnya lagi kepada ku...pastinya dia lebih suka dan selesa bercerita tentangnya kepada orang yang sudah menjadi miliknya daripada diri ku ini hanyalah seperti patung yang tidak bernyawa lagi..ku hanya mampu melihat profil FBnya, mesej mesejnya yang pernah dihantar dan gambar gambarnya sahaja...dan malam malam ku ditemani mimpi mimpi indah dengannya ketika bersama sama dahulu...
ku sendiri tidak tahu sehingga bila ku akan begini...memang susah untuk ku melupakannya...memang sukar bagi ku untuk menghilangkan segala memori yang telah ku lalui bersamanya...mungkin sedikit memori dan kenangan ku bersama dengannya yang ingin dibandingkan dengan seseorang dihatinya sekarang ini...tetapi lama atau sekejap itu bukan jadi persoalannya...persoalannya ialah hati dan keihklasan diri untuk menerima cinta antara satu sama lain...
mungkin dia ingin melihat ku berdiam diri tanpa menghiraukannya lagi...tapi bolehkah ku membuat begitu...melihatkannya menderita, terseksa, bersedih dan sesuatu yang berlaku kepadanya..???bolehkah...??sudah pasti ku jawab dengan keras TIDAK BOLEH!!!!ku ingin menjaganya...ku ingin bersama dengannya...ku ingin milikinya...ku ingin lindunginya...dan jika jodoh ku, ku ingin jadikannya isteri ku yang sah...
terus terang ku katakan ku tidak pernah puas apabila berjumpa dengannya...ku tidak pernah jemu melihat raut wajahnya...ku tidak pernah jemu melihat gelagatnya...ku tidak pernah jemu apabilanya disisi ku....ku juga tidak pernah jemu bercerita dengannya...ku juga suka mendengar cerita darinya...sebenarnya ku tidak perlukan masa yang lama untuk berjumpa dengannya...cukup bagi ku lima minit berjumpa dapat melihatnya, bercakap sekejap sahaja...ku tidak pernah minta lebih darinya...ku hanya ingin melepaskan rindu ku kepadanya..itu sahaja..tetapi, sekarang cukup lama tidak seperti dulu walaupun ku ada berjumpa dengannya sekejap...ya, rindu terubat buat seketika dengan perasaan yang berbeza...
ku ingin melihatnya selamat, sihat sejahtera, ceria, bahagia, gembira, cemerlang, berjaya, dan banyak perkara yang ku ingin lihat darinya...ku gembira jika melihatnya gembira...jika dia sebaliknya maka ku turut merasakan da ingin dia berkongsi masalahnya bersama sama ku...
Ya Allah Ya Tuhan Ku...KAU Lindungilah Dan Permudahkanlah Segaja Urusannya Ya Allah Ya Tuhan Ku..Berikanlah Keselamatan, Kesihatan Yang Baik, Keceriaan, Kebahagian, Kegembiraan, Kecemerlangan Dan Kejayaan Dalam Hidupnya...Aminn...
JANGAN MALU BERUBAH!!!
JIKA ANDA DISINDIR DAN DIKUTUK KAWAN-KAWAN APABILA HENDAK MENJADI ORANG LEBIH BAIK, USAH PEDULIKAN SEMUA ITU KERANA MEREKA SEBENARNYA TIIDAK MAHU ANDA LEBIH BERJAYA DARIPADA MEREKA
MASA indah sering dikaitkan dengan zaman remaja. Kisah suka dan duka, semua momen itu diiringi pelbagai kenangan yang sukar dilupakan. Sesiapa pun tidak boleh menafikan hakikat mereka.
Menjadi satu fasa hidup paling mencabar memilih jalan hidup dan terlalu alpa mengejar keseronokan mungkin berhadapan dengan masalah dan keburukan.
Pasti ramai sudah maklum tentang isu remaja hari ini seperti masalah kenakalan melampau, ponteng sekolah, gagal dalam peperiksaan, lari dari rumah, seks bebas sehinggalah mencuri dan membunuh.
Peralihan zaman, budaya dan ketiadaan bimbingan sering kali mencabar hidup remaja hari ini. Namun, adakah satu kesilapan yang pernah dilakukan bermakna ia suatu pengakhiran untuk anda berubah dan berjaya…??
Seorang ahli sukan besbol terkenal, Vernon Sanders Law pernah mengungkapkan, ‘Pengalaman adalah guru yang paling kejam sebab ia menguji terlebih dahulu, kemudian baru ia member pengajaran’.
Jadi, seharusnya reamaj mengambil iktibar daripada apa yang terjadi dalam hidup atau yang terjadi dalam hidup atau dipertikaikan di sekeliling mereka. Paling penting adalah kesediaan diri untuk berubah menjadi demi memastikan anda tidak terus terjebak dalam masalah dan seterusnya keluar daripada kepompong hidup lama.
Disini terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan kepada golongan muda demi melakukan anjakan paradiqma dalam diri mereka.
1. NIAT
Tidak kira apa jua kita lakukan, niat adalah perkara utama. Ia juga boleh dikatakan azam dalam diri seseorang dan tanpanya kita akan hilang arah tujuan. Percayalah bahawa niat yang baik akan sentiasa mendapat pertolongan daripada yang YANG MAHA KUASA.
2. KENALI DIRI SENDIRI
Kita harus mengetahui potensi kita sendiri. Kebanyakkan daripada kita tidak mengetahui apakah kelebihan yang kita miliki dan dalam masa yang sama masih mencari identity. Ia merupakan masalah yang biasa dihadapi dalam fasa perkembangan manusia. Jadi senaraikan kelebihan dan kekurangan yang ada pada kita dan lebihkan muhasabah diri, anda pasti mengetahui potensi diri anda.
3. TETAPKAN MATLAMAT
Dalam meletakkan sesuatu matlamat atau impian, pastikan ia realistik agar mudah dicapai. Penetapan matlamat yang tidak relevan dan sukar hanya akan menjadikan diri anda terbeban seterusnya bermain dengan konflik yang tidak sudah. Jadi sediakan diari matlamat anda dengan menulis deskripsi matlamat anda, rancangan tindakan yang sesuai dan bila anda mahukan ia tercapai.
4. BUANG PERSEPSI YANG SALAH
Sentiasa anggap sesuatu yang telah dialami mempunyai maksud dan hikmah tersendiri. Jangan berfikiran sempit dan menyalahkan takdir atas setiap peristiwa yang anda pernah harungi. Ini akan menjadikan anda seorang yang berfikiran dan secara tidak langsung memberikan anda motivasi unutk terus maju.
5. HENTIKAN PERKATAN NEGATIF
Orang yang hebat adalah golongan yang menilai sesuatu perkara sebelum berkata. Orang yang hebat juga tidak pernah berkata “Tidak”. Ini kerana setiap perkataan itu menjadi energi dan motivasi kepada diri sendiri. Maka , berfikirlah dengan matang dan positif. Latih juga diri anda untuk menggunakan perkataan yang mampu membangkitkan aura dalaman anda.
6. PEDULIKAN APA KATA ORANG
Untuk berubah, pasti banyak dugaannya. Hidup tanpa cabaran bukanlah kehidupan namanya. Sentiasa ingat bahawa bukan orang lain yang mengubah nasib diri anda tetapi anda sendiri. Orang akan berkata apa saja jika kita ingin Berjaya, namun tetapkan jati diri anda untuk terus mencapai kejayaan.
7. MEMBACA KISAH ORANG YANG BERJAYA
Dengan menjadikan buku sebagai rakan karib, ia bukan sahaja menambahkan intelektual, malah meningkatkan daya imaginasi kita. Namun, pastikan apa saja buku yang and abaca haruslah melalui tapisan akal fikiran bagi menjana pengetahuan dan bukannya input yang membuatkan anda terus leka. Dekatilah tokoh-tokoh yang berjaya dan hadiri ceramah motivasi bagi meningkatkan keinginan untuk berjaya. Jika malas sekalipun, jadikan model dalam buku yang and abaca itu sebagai pendorong anda. Tapi ingat, ambil yang positif sahaja dan realistic dengan kehidupan kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)